Pekak Movie (2016)


PEKAK mengisahkan tentang Uda, seorang pekak yang menjual dadah bagi mengumpul wang untuk menampung kos pembedahan koklea supaya dia dapat mendengar dengan normal.

Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang cuba bebas daripada kongkongan bapanya. Hubungan cinta mereka yang mula terjalin dihalang oleh dunia yang penuh keganasan, seks, dan dadah.

Koleksi Pantun Majlis



PANTUN PEMBUKA ACARA 

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.



Ingin rasa memakan kari,

Kari cendawan batang keladi;

Girang rasa tidak terperi,

Bertemu tuan yang baik budi.



Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.



Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali;

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi.



Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.


Sharifah Aini Meninggal Dunia


5 JUL: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara, jam 1.26 pagi tadi.